Sabtu, 23 Ogos 2008

10 Peringatan Bumi

Berkata Anas bin Malik R.A. : sesungguhnya setiap hari bumi menyeru manusia dengan 10 perkara:

1.Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!engkau akan masuk kedalamnya kelak.

2.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!Engkau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergenbira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6.Engkau makan benda haram di atas belakangku, tetapi ingtalah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7.Engkau angkuh di atas belakangku, tetap ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keaadan dukacita.

9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan berseorangan di dalam perutku.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oooo...
sempoi2...

mr. zharie berkata...

sempoi apa nya.. banyak sangat celoteh berpuisi.. ni kah afif yang sentimental value.. wah..pemuda islam.. Pemuda UMNO aku.. HIDUP UMNO!!! HIDUP MELAYU!! JATUH KAN PAKLAH!!

Tanpa Nama berkata...

uuuuu....
hidup umno jatuh pak lah?
masuk kat muzium ar bro...

Tanpa Nama berkata...

wei...puasa wei...

Tanpa Nama berkata...

mana posting baru ni....
lambat sangat x diupdate blog ko ni...
kene rajin skit adik apip....
kalau rajin, baru berjaya....
mcm abg ko ni...
dah extend setahun....kan best...

Tanpa Nama berkata...

wei...mana posting baru da...

azusa254 berkata...

Hey!wah2....berminat btol saya dgn blog awk...sgtlah islamic....memberi seribu satu ksedaran...huhu =p